Thursday, 14 July 2011

Coretan Kasih


“Assalamualaikum…” Kedengaran suara mancho si jejaka memberi salam.
“Boleh berkenalan?” Lenggokan si gadis yang sedang berjalan tadi terhenti demi mendengar sapaan dari suara yang agak biasa di pendengarannya. Dia mencari arah suara tersebut. Seketika, senyuman manis terukir di bibir tatkala terpandang si jejaka yang tidak jauh berada darinya.
            “Waalaikumusalam…..” Si jejaka menghampiri si gadis.
            “Macam mana kelas?” Soal si jejaka sambil berjalan beriringan ke tempat yang ingin di tuju.
            “Ok.” Jawab si gadis sepatah. Si jejaka mengangkat kening sebelah kanananya.
            “Ok je??” Soal si jejaka lagi tanda tidak puas hati dengan jawapan ringkas si gadis. Kebiasaan, gadis di sebelahnya itu, Izz Dynah akan kepoh bercerita mengenai kehidupan harian terutamanya mengenai subjek- subjek kegemaranya.
            “A’a..ok je. Kenapa? Tak puas hati?” Soal Izz Dynah balik. Si jejaka mencebik.
            “Mmm…jap lagi aku nak makan bihun tom yam Pak Syed yang sedap tu.” Sambung Izz Dynah lagi.
            “Huh! Hari- hari makan bihun tom yam. Muka pun dah macam bihun tom yam.” Balas Harriz.
            “Muka macm bihun tom yam pun ramai jugak orang sayang. Tak macam orang tu yang macam….”
            “Orang tu… aper??” Soal Harriz seolah- olah dapat menghidu kata- kata yang bakal diluahkan oleh sahabatnya itu.
            “Eh…takde apa- apa.” Kata- kata Izz diahiri dengan lirikan yang penuh menggoda.
            “Huh!!...”
            Sesampai mereka di kafetaria berhampiran; “Woit…ape lama sangat Rizz? Kau pergi mana?” Sapa satu suara, tidak lain Nurul yang berada di tengah- tengah antara Sara dan Nizam.
            “Ni, duk tunggu minah senget sebelah ni.. Lama sangat nak boleh keluar dari kelas. Apa benda yang dia tunggu ntah.” Kata Shah sambil melabuhkan punggungnya. Izz menjeling mendengar kata- kata Harriz
            “Sedapnya mulut. Minah senget sebelah..Eleh…. Siapa suruh kau tunggu?” Soal Izz tiak puas hati.
‘Macam lah aku suruh tunggu.’ Gumam Izz dalam hati.
            “Dah lah…Kau ni pun satu Izz, dah kira baik ada orang tunggu. Macam aku ni, sapalah yang sudi nak tunggu, kan Naz” Sampuk Sara.
            “Takde maknanya kalau setakat mamat poyo ni yang tunggu aku. lainlah kalau mamat handsome macam Abang Shah ke…..”
            “Huh! Meremang bulu roma aku.” Kata Nizam apabila mendengar kata- kata Izz. Abang Shah adalah senior mereka yang sama jurusan dengan Izz dan sebaya dengan Harriz. Pada masa yang sama menjadi idola Izz.
            “Amboi mulut kau….sedap sungguh anda berkata- kata ya.” Sampuk Harriz.
            “Aku rasa…..” Belum sempat Harriz meneruskan kata- katanya,
            “Eh…eh…Abang Shah la….Mmm…handsome nya.”
            “Hampeh….” Mereka berempat sama- sama mencebik ke arah Izz. Tanpa mereka berlima sedari, Abang Shah sedang berjala menuju ke arahnya.
            “Assalamualaikum…” Abang Shah memberi salam. Semua yang ada di situ terkejut melihat sekujur tubuh yang handsome lagi tegap terpacak betul- betul di hadapan mereka. Apatah lagi Izz yang memang sedia meminati Abang Shah dari jauh.
            “Waalaikumusalam…” Disebabkan tiada siapa yang ingin menyambut salam yang diberi oleh Abang Shah itu, Harriz cepat- cepat menjawab salam dan menghulurka tangan untuk bersalaman dengan Abang Shah. Mungkin mereka masih terkejut dan tidak menyangka kedatangan Abang Shah yang tiba-tiba itu. Sebab itulah masing- masing tergamam  seketika. Fikir Harriz. Terutamanya Izz. 
            “Izz Dynah?” Soal  Abang Shah sambil memandang tepat ke arah Izz.  
            “Awak  ke yang nak mintak contoh assignment product?” Soal Abang Shaha pada Izz sambil memandang Izz dengan penuh minat. Dia masih ingat lagi pertemuan pertamanya dengan Izz  Dynah.
            Izz Dynah yang tetiba melanggarnya dari arah depan ketika dia baru keluar dari makmal komputer. Dengan muka yang bersalah, gadis yang kelihatan ayu dan lemah lembut itu berulang- ulang kali meminta maaf darinya.
            “Sikit je, takde apa- apa lah dik.” Ujar Abang Reez ketika itu.
            “Ok lah, saya mintak maaf sekali lagi ya, mintak diri dulu.” Kata Izz. Beberapa langkah Izz menggerakkan kakinya, dia menoleh semula ke arah Abang Shah.
            “Abang Shah, kan?” Soal Izz. Abang Shah tersenyum mempamerkan batang giginya yang berlapis.
            “Ya. Kenal?”
            “Kalau tak kenal Abang Shah, bukan student kat sini la, kan?” Abang Shah  masih dengan senyumannya.
            “Kalau Abang Shah tak keberatan, saya nak mintak contoh assignment product yang Abang Shah pernah buat masa sem 4 dulu. Maklumlah, assigment tu susah jugak, kan? Especially part nak pilih product dengan nak match selling process yang sesuai. Saya dengar Abang Shah antara top student kat sini.” Izz berpura- pura sedangkan assigment tersebut hampir siap sepenuhnya. Final draft pun sudah dihantar kepada pensyarahnya. Semuanya beres belaka dan menunjukkan respons yang baik dari pensyarahnya, Cik Jaa ketika itu.
            Hampir dua minggu berlalu, baru kini dia dapat menjamah kembali muka gadis itu. Bagi Izz pula, taktik ‘kolot’ yang dia gunakan untuk mengenali Abang Shah rasanya hampir berjaya sepenuhnya.
            Manakan tidak, pada hari itu, dia dan Harriz baru tamat kelas. Dek terpandang wajah Abang Shah yang baru keluar dari makmal komputer;
            “Eh Rizz, tu…Abang Shah kan?”
            “Mana?” Soal Harriz yang masih tidak terpandang kelibat Abang Shah yang tidak jauh dari mereka.
            “Ish kau ni….Aku rasakan, time ni la aku nak  berkenalan dengan dia.” Kata Izz.
‘Apa hal pulak minah ni. Mata keranjang betul’  
            “Kau nak buat apa?” Soal Shah tidak puas hati.
            “Aku tau apa aku nak buat.. kau duduk je sini. Kau buat bodoh je.” Tanpa sempat Harriz membalas apa- apa, Izz telah berlalu. Adegan langgar dan muka bersalah depan Abang Shah sebenarnya hanyalah lakonan semata- mata untuk mengenali Abang Shah.
            “Oh…saya ingatkan Abang Shah dah lupa.” Ujar Izz. Abang Shah tersenyum memandang Izz.
            “Ish tak…tak mungkin lupa. Dah lama abang cari Izz, tapi tak penah- penah jumpa pun sampai la sekarang ni.” Jawab Abang Shah dengan panjang lebarnya sambil mengunjukkan pendrivenya kepada Izz.
            “Thanks. Mmm…Nanti saya nak bagi balik pada Abang Shah macam mana ek? Boleh bagi nombor fon tak?” Soal Izz. Dalam kata lain memancing Abang Shah. Harriz yang sudah masak dengan perangai Izz mencebik. Bukan dia tidak ingat pasal taktik ‘kolot’ yang sahabatnya guna semata- mata untuk berkenalan dengan Abang Shah.
            Abang Shah tersenyum. Langsung dia tidak hiraukan mereka yang berada di situ  sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa dan cuak dalam kalangan mereka; Shah, Nizam, Sara, dan Nurul.
            “Boleh.” Demi mendengar perkataan itu, hati Izz bergendang riang.  Akhirnya, cita- cita jangka pendeknya untuk berkenalan dan mengenali Abang Shah lebih dekat akan menjadi kenyataan.
            “Itupun kalau Izz tak kisah untuk keluar dengan abang.” Kata- kata Abang Shah yang terakhir itu mengejutkan mereka yang ada di situ. Izz tersenyum.
            “Err..Shah, Izz ni bakal jadi tunang aku tak lama lagi. Jadi, aku nasihatkan tolong jangan nak dekat dengan dia sangat.” Belum sempat Izz menyatakan persetujuannya, Harriz terlebih dahulu memotong. Demi mendengar sepotong ayat yang keluar dari mulut Shah itu, Nizam, Nurul, dan Sara  terkejut bukan kepalang.
            “Aku harap kau faham.” Sambung Shah. Izz yang  tadinya baru memasang angan- angan untuk ‘berdating’ dengan Abang Shah tiba- tiba bengang dengan pengakuan merepek Harriz, tiba- tiba dia naik berang.
            “Apa kau cakap ni??”  Izz berdiri. Tidak dapat menagawal kemarahan yang tiba- tiba itu.
            “Izz….” Harriz yang tidak menyangka kemarahan Izz yang tiba- tiba juga berdiri. Asalnya dia hanya ingin bergurau dan mengenakan sahabatnya seperti selalunya.
            I’m just kidding laa, kenapa….” Belum sempat Harriz menghabiskan kata- katanya:
            “Ah…sudah laa…” Dengan tidak semena- mena, Izz menolak Harriz sehingga dia terduduk di kerusinya semula. Izz terus berlalu meninggalkan Shah dan kawan- kawannya setelah Abang Shah awal- awal lagi berlalu setelah mendenngar pengakuan Harriz.
            “Kau ok ke Shah?” Soal Nurul. Bukan dia sahaja yang ingin mengetahui, malah Nizam dan Sara juga. Perlakukan sebegitu rupa oleh sahabatnya sendiri, mestilah rasa terkilan dan kecewa. Malahan, dia tempat umum. Seperti sengaja mahu memalukan dirinya dia khalayak terutamanya di hadapan Abang Shah yang tidak jauh dari mereka.
                        

            Hampir seminggu sudah berlalunya kejadian di kefetaria selepas cuti mid semester.  Maka hampir seminggu jua lah, Izz dan Harriz tidak berhubung antara satu sama lain.
            ‘Nape aku buat camtu kat Harriz. Kesian pulak kat dia. Senyap je seminggu ni, mesti dia marah aku.’
Tetiba je Izz yang sedang bermalas- malasan di rumahnya terfikir tentang sahabatnya itu. Rasanya dia tidak pernah melakukan kesalahan sedemikian rupa. Malahan, bergaduh pun dia tidak pernah. Gaduh- gaduh manja adalah. Yalah, untuk mengeratkan lagi perhubungan sesama sahabat.
            Izz mencapai handphonenya, lalu mendail nombor sahabatnya. Malangnya, tiada jawapan dari penerima.
            ‘Dia ada kerja kot. Takpelah, lusa boleh jumpa jugak.’ Izz menyedapkan hatinya.
“Sapa call kau? Napa tak jawab?” Soal Nurul apabila Shah langsung tidak menghiraukan panggilan yang diterimanya.
            “Izz.” Jawab Shah sepatah. Malas nak fikirkan tentang gadis itu lagi. Sepanjang cuti mid semester, dia selalu berfikir tentang Izz. Rasa malu pada Abang Shah terutamanya. Sebagai lelaki, dia ada maruah dan ego yang perlu di jaga. Jadi, dia memang patut buat begitu pada Izz. Fikirnya.



Hari ini adalah hari kedua cuti semester bermula setelah hampir dua minggu para pelajar menghadapi peperiksaan akhir semester. Kebanyakan para pelajar tidak pulang ke kampung masing- masing kerana ingin menghabiskan cuti bersama rakan- rakan terlebih dahulu sebelum bersama keluarga tercinta.
            Pada hari itu, Izz hanya menghabiskan masanya di ruang tamu rumahnya sambil membelek- belek majalah dan menonton tv.
            “Assalamualaikum….” Tanpa sempat Izz menjawab salam, si pemberi salam terus menerjah masuk ke dalam rumah.
            “Walaikumusalam. Ish…Ada jugak la budak macam ni. Orang tak sempat jawab salam lagi, dia dah masuk rumah orang.” Bebel Izz.
            “Eh, kau dah tau belum?” Soal Syafiqah tanpa mengendahkan bebelan sahabatnya.
            “Mmm….Tau aper?” Soal Izz balik tanpa memandang wajah Syafiqah yang kelihatan dalam kerisauan.
            “Pasal Shah…..” Izz memandang Syafiqah
            “Kenapa?” Soal Izz sepatah.
            “Dia….dia excident. Kat wad sekarang.” Izz menelan air liur mendengar kenyataan Syafiqah. 



            Pagi hari itu, Izz telah bertekad untuk melawat Harriz di hospital. Walaupun sejak peristiwa di kafetaria tempoh hari, mereka masih belum boleh bersama seperti selalu, demi sayangkan sahabatnya, Izz tetap ingin menjenguk sahabatnya itu. Dia tidak kisah dengan penerimaan Harriz. Sejak diberitahu oleh Syafiqah tentang Harriz semalam, dia gelisah. Tidak lena tidur dibuatnya. Apatah lagi untuk menajamah makanan.
            Apa yang diberitahu oleh Syafiqah, Harriz masih tidak sedarkan diri. Itu sahaja yang Syafiqah tahu. Selebihnya, Syafiqah tidak tahu kerana dia sendiri masih tiada masa untuk melawat Harriz yang berada di hospital.  
            Disebabkan kawan- kawannya masing- masing ada hal sendiri untuk diuruskan, terpaksalah Izz pergi bersendirian. Sesampainya di hospital, hatinya berdebar- debar. Dia cuba menenangkan hatinya dengan membaca doa yang sepatutnya. Doa penerang hati.
            Ketika tangannya dihulurkan untuk memulas tombol pintu wad.
            “Kau nak ke mana?” Sergah satu suara. Nurul bersama teman baiknya, Sara tiba- tiba menyekatnya di hadapan pintu tersebut.
            “Jumpa Harriz.” Jawab Izzz sepatah. Nurul dan Sara saling berpandangan dan tersenyum sinis.
            “Kau rasa dia nak jumpa kau ke?” Soal Sara.
“Kitaorang takkan benarkan kau jumpa dia.” Sambung Sara lagi.
            “Apa kena- mengena kau dengan dia? Kau takde hak apa- apa untuk halang aku.” Jawab Izz dengan tegas.
            “Dan apa pulak hak kau terhadap dia?” Soal Nurul kembali. Dia tersenyum sinis.
            ‘Padan muka. Nak berlagak konon. Dulu boleh lah, Harriz ada Sekarang, Harriz tak mungkin boleh terima kau lagi setelah apa kau dah buat.’ Gumam Nurul dalam hati.
            “Sebagai sahabat dia, aku ada hak untuk melawat dia.” Tegas Izz.
            “Sahabat? Kau masih mengaku yang kau tu sahabat dia setelah apa yang kau buat pada dia?” Nurul membalas. Izz menarik nafas pangjang.
            ‘Kenapalah dua ekor ni selalu nak sakitkan hati aku. Bukannya aku gaduh dengan dia pun. Macamlah Harriz tu laki dia.’
            Tanpa sepatah perkataan, Izz berlalu dari situ. Berlama- lama dia di situ pun  hanya menambahkan sakit hatinya. Dia sudah masak benar dengan perangai dua sahabat di depannya itu. Mulut bukan main lagi laser. Kalau bercakap pulak, tidak puas hati selagi tidak menang. Dia berlalu bukan untuk terus pulang ke rumahnya, tapi menunggu sehingga Nurul dan Sara meninggalkan wad itu.
            Setelah Izz berlalu, Nurul dan Sara masuk dalam bilik tersebut. Beberapa ketika kemudian, kelihatan Dr. Darius keluar dari bilik tersebut. Izz yang masih berada tidak jauh dari bilik tersebut cepat- cepat menuju ke arah doctor tersebut.
            “Doktor, saya nak tahu tentang keadaan pesakit di dalam, Harriz Izqandar. Macam mana keadaan dia?” Soal Izz. Bagi Izz, inilah masanya yang sesuai dan pada orang yang tepat untuk mengetahui tentang keadaan Harriz.
            “Boleh saya tahu awak ni siapa?”
            “Saya kawan dia. Tolonglah doctor, saya cuma nak tahu tentang keadaan kesihatan dia.”
            “Buat masa sekarang dia masih stabil. Tapi, masa kemalangan berlaku, dia kehilangan darah yang agak banyak. Jadi, dia perlukan penderma darah yang sesuai.” Izz terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh doctor tersebut. Sejak semalam lagi, dia menyedapkan hatinya dengan menyatakan yang Shah tidak akan apa- apa.
            “Macam mana dengan keluarga dia?” Soal Izz.
            “Malangnya, pesakit mewarisi genetic bapanya. Bapanya pula tidak berapa sihat. Darahnya juga tidak sama dengan yang lain. Jadi, kami sedang berusaha mencari penderma yang sesuai.” Terang Dr. Darius lagi. Izz diam. Tiba- tiba dia teringat sesuatu;
            “Darah dia jenis O positif, kan?” Soal Izz.
            “Ya…” Belum sempat doctor tersebut meneruskan kata- katanya.
            “Saya juga jenis darah O positif.”
Doctor tersebut memandang Izz. “Dan saya sudi menderma untuk dia.” Sambung Izz.

“Kau pasti ke nak melawat Harriz hari ni.?” Soal Syafiqah pada Izz ketika mereka sedang menunggu Aleeya bersiap- siap untuk pergi ke hospital bersama- sama. Izz memandang sahabatnya, Syafiqah yang dikenalinya ketika di sekolah menengah lagi. Begitu juga dengan Aleeya. Ketiga- tiga sahabat itu kemudian meneruskan pengajiannya tempat yang sama. Pun begitu, ketiga- tiganya dalam bidang yang berbeza.
            “Kenapa?” Soal Izz kembali.
            “Aku bukannya tak suka kau baik semula dengan Harriz tu, tapi aku takut jadi macam hari tu…”
            “Hari tu bukan Harriz. Nurul dengan Sara je labih. Harriz pun tak sedar lagi hari tu.” Izz mencelah sebelum Syafiqah meneruskan kata- katanya. ‘’
            “Kau bukannya tak kenal Nurul dengan Sara tu. Aku rasa tak mustahil diorang akan buat macam tu lagi. Harriz pun sama. Kalau dia tak hiraukan kau macam selalu tu, macam mana?”  
            “Aku sokong kau Izz. Aku sokong kau nak melawat Harriz hari ni.” Tiba-  tiba Aleeya menyampuk dari belakang. “Kalau dah nampak diorang melampau sangat, apalagi, cakap je lah perkara sebenar kat dia.” Sambung Aleeya lagi.
            “Apa yang kau cakap ni Leeya. Kita kan dah janji.” Izz tidak bersetuju dengan cadangan Aleeya.
            Sesampai mereka di hadapan bilik Harriz, Izz memandang Syafiqah dan Aleeya.
            “Kau okey ke Izz?” Soal Aleeya. Dilihatnya. Semenjak Izz menderma darah beberapa hari lepas, Izz kelehatan pucat dan tidak bermaya. Dr. Darius telah memaklumkan kepada mereka tetang perkara itu. Tetapi, keadaan sebegitu akan segera pulih jika Izz menjaga pemakanan dan mengambil makanan berkhasiat secara berterusan beberapa hari sekurang- kurangnya.
            “Kau nak masuk sorang ke?” Soal Syafiqah pulak. Izz diam. Mungkin lebih baik dia seorang saja yang masuk. Tapi, tak sampai hati pula menyatakan hasratnya itu.
            “Kitaorng tunggu kat sini je. Kau pergilah masuk. Yelah..mesti nak privacy, kan?” Kata Syafiqah memahami situasi Izz. Aleeya juga mengangguk bersetuju.
            Dengan membawa bekas makanan bersama, Izz menguak daun pintu di hadapannya. Sangkaanya, tiada sesiapa di dalam. Tetapi, agak terkejut apabila kelihatan Nurul Sara, Nizam dan seorang lagi teman yang dia kurang pasti siapakah gerangannya.
            Bukan sahaja Izz yang terkejut, malah seisi bilik tersebut termasuk Harriz juga terkejut apabila terpandang gadis berskirt labuh tersebut. Langsung tidak menyangka kedatangan Izz. Izz tersenyum semanis mungkin apabila terpandang Shah.
            “Apa yang kau buat di sini?” Soal Nurul. Sangkaannya, Izz tidak akan kembali lagi setelah dimarahinya tempoh hari tetapi sebaliknya pula berlaku.
            “Kenapa muka tak malu sangat ni, ha?” Soal Nurul lagi. Izz tidak mengendahkan kata- kata Nurul. Dia terus maju ke arah Harriz dan meletakkan bekas yang dibawanya di atas meja.
            “Macam mana keadaan kau?” Soal Izz. Lembut. Harriz masih kaku di perbaringannya. Nurul tersenyum sinis.
            ‘Padan muka.’
            “Harriz …”
            “Dah, dah. Aku rasa baik kau balik je. Tak payah berlakon kat sini lagi.” Sara mencelah. Izz masih tidak menghiraukan kata- katanya Sara. Harriz masih diam membisu.
            “Kenapa kau ni muka tak malu sangat, ha?” Nurul yang naik berang dengan Izz yang masih tenang tiba- tiba meningikan suaranya. Izz memandang Nurul. Masih kelihatan tenang. “Kenapa?” Soal Nurul. Izz memandang semula pada Harriz. Harriz melarikan anak matanya.  
            “Eh, keluarlah.” Nurul menolak Izz tiba- tiba. Mujurlah, Izz masih boleh mengmbangi badannya. Kelihatan Harriz yang langsung tidak berkata- kata, Izz mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Rasanya, tidak tahan dicemuh sebegitu rupa. Harriz pula seolah- olah menyetujui apa yang dilakukan oleh kawan-kawannya.
            Beberapa langkah Izz melangkah;
            “Tunggu.” Tiba- tiba Harriz bersuara. Hati Izz sedikit berbunga mendengar perkataan yang akhirnya keluar dari mulut Harriz Izz menoleh ke arah Harriz.  “Ambik bekas ni bawa balik.” Ujar Harriz. Izz menarik nafas panjang. Rasa ingin menitis air matanya tatkala ungkapan sebegitu keluar dari bibir Harriz. Langsng tidak menyangka. Dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Harriz dan terus berlalu meningglkan bilik tersebut. Tangisannya di tahan. Seboleh mungkin dia tidak akan memberitahu Aleeya dan Syafiqah tentang apa yang berlaku pada hari itu.
            “Macam mana?” Soal Syafiqah. Izz tersenyum paksa.
            “Ok. Dah, jom balik.” Syafiqah dan Aleeya saling berpandangan. Walaupun Izz tersenyum, raut mukanya kelihatan teduh.
            “Ok? Habis, kenapa cepat sangat?” Soal Aleeya tidak berpaus hati.
            “Tak nak bagi korang tunggu aku lama- lama.” Kata Izz sambil menarik tangan Syafiqah untuk pergi dari situ.
            “Mmm…Korang pergi la dulu. Aku nak ke ladies sekejap.” Kata Aleeya dan terus berlalu.
            “Kita tunggu kat sini je lah.” Kata Syafiqah dan duduk di bangku yang disediakan. “Harriz cakap apa?” Soal Syafiqaha. Izz diam. Rasa di awan- awangan badannya ketika itu. Direbahkan kepalanya di sisi sahabatnya. Syafiqah membiarkannya.
            Setelah pasti Izz dan Syafiqah tidak melihatnya, Aleeya terus menerjah masuk ke dalam bilik Harriz. Sekali lagi penghuni yang ada di dalam bilik tersebut terkejut dengan kedatangan yang tidak disangka- sangka itu.   
            “Hei, kau ni dah tak reti beradap? Tak reti berbahasa?” Marah Nurul.
            “Siapa yang tak reti berbahasa dan tak beradap?” Soal Aleeya kembali. Melihatkan keadaan Izz tadi, dia yakin ada sesuatu yang menyakitkan hatinya. Apabila dia menguak daun pintu tersebut, hatinya bertambah yakin melihat Nurul dan Sara ada bersama dalam bilik tersebut.
            “Apa yang kau maksudkan ni?” Soal Harriz. Walaupun dia pasti mesti ada kena- mengena dengan apa yang berlaku pada Izz sebentar tadi.
            “Huh! Apa yang aku maksudkan? Kau dengar sini baik- baik Harriz Izqandar, kalau tak disebabkan Izz yang dermakan darah dia pada kau tempoh hari, doctor pun tak boleh jamin sampai bila kau boleh bertahan. Entah- entah sekarang ni pun kau dah mati.” Rasa puas hati apabila mengungkapkan apa yang dilakukan oleh Izz  pada Shah. Janji, janji jugak. Tapi, biar kena pada tempatnya. Fikir Aleeya. Dan terus berlalu.
            Demi mendengar ungkapan yang keluar dari bibir Aleeya, Harriz jadi kaku. Seolah- olah seluruh urat- sarafnya berhenti berdenyut seketika.  Kawan- kawannya yang lain juga terkejut.   
            Harriz cuba untuk bangun dan mengambil bekas yang diberikan oleh Izz tadi. Apabila dibukanya, dilihat kuih kegemarannya bersama Izz ketika mereka masih bersahabat. Terharu dan rasa bersalah menerpa. Kenapa dia begitu kejam terhadap Izz? Besar sangatkah kesalahan Izz sehingga tiada maaf baginya. Walaupun di hatinya, terlalu ingin berada di samping gadis itu. Tapi ditahan perasaannya. Kadang- kadang dia cemburu melihat Izz bersama lelaki lain. Tidak tahu kenapa. Yang dia tahu, sejak dia dengan Izz ‘berpisah’, terasa kesunyian yang mendalam merajai segenap ruang di hatinya.
 Kenapa dia terlalu menjaga egonya? Sedangnkan Izz? Izz langsung tidak berkira dengannya. Itulah kesalahan pertamanya. Baru dia teringat, masa dia bertanya pada Dr. Darius, siapakah yang begitu baik hati mendermakan darah untuknya, Dr. Darius memberitahu jawapan yang samar- samar. Sahabatnya. Kata Dr. Darius. Dia langsung tidak menyangka Izz lah orngnya.
            Sementara di ruang menunggu;
            “Izz, jom kita balik.” Darwina berbisik pada Izz yang masih meminjam bahunya. Mungkin Izz terlalu letih sehingg boleh tertidur.
            “Kenapa lama sangat?” Soal Syafiqah pada Aleeya. “Izz dah tidur ni, kau nak dukung dia ke?” Kata Syafiqah berseloroh. Aleeya hanya mendiamkan diri.
            “Izz….Izz….” Tiada respons. “Izz….Izz…..” Syafiqah memandang Aleeya. kelihatan cemas.
           


Di sudut satu bilik di hospital yang sama.
“Izz…..” Harriz menggengam erat jari- jemari Izz. Rasa bersalahnya masih tidak terbendung. Di ciumnya beberapa kali tangan yang halus mulus tersebut. Teringat sewaktu mreka bersahabat, jari pada tangan itulah yang selalu mencubitnya jika dia menyakat Izz. Menamparnya lembut.
            Tapi, masih adakah ruang untuk mereka bersama seperti dulu.
            “Izz Dynah……”
            Menurut doctor yang merawat Izz, Izz menjadi begitu lemah kerana tidak menjaga pemakannanya. Apatah lagi setelah kehilangan 1 paint darah.
            “Rizz….” Tiba- tiba terdengar satu suara lembut. Harriz yang tunduk sambil menggengam erat jari- jemari Izz mengangkt mukanya. Setelah hampir sehari suntuk Izz tidak sedarkan diri, akhirnya Izz membuka matanya.
            “Izz…..” Harriz mengucup jari- jemari Izz. Bersyukur sangat apabila Izz akhirnya membuka mata.
            “Rizz….” Harriz merapatkan mukanya pada Izz. Kelihatan mutiara jernih keluar dari mata Izz yang redup. Syukur, akhirnya Harriz ‘kembali’ padanya.  “Kenapa ni…? Shh….” Harriz menyapu air jernih yang mengalir. Faham  dengan situasi Izz.